Ibu Khair Bahar meninggal dunia
TAKZIAH kepada penyanyi dari Perlis, Khai Bhar di atas pemergian ibu tercinta, Rosnah Mohamad, 62 atau dikenali sebagai “Mak Ros”.
Khai cuma memuatkan status kembali ibunya di Facebook (FB) Khai Bahar Official empat jam lalu.
Beliau cuma menulis “Al Fatehah – mak rehat ya ” dengan gambar berada di sebelah jenazah ibunya.
Sementara itu Pengurus Khai, Mohammed Rizal Mohammed Yasin telah berkongsi kisah sedih ini melalui Instagram Story.
“Salam semua, saya pengurus yang mewakili pihak Khai Bahar ingin memaklumkan bahawa Mak Ros meninggal dunia pada pukul 10.40 malam tadi di Perlis”.
Jenazah Allahyarham Mak Ros telah disembahyangkan di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail Kangar tengah hari ini sebelum kebumikan di Tanah Perkuburan Tok Peduka, Kangar.
Dalam Instagram Khai Bhar, beliau sempat menyambut hari lahir ibunya pada 25 Disember lalu. – SM
Khai Bahar sanggup ke Seremban demi Aina Abdul