Hiburan

Bunga Cintra Lestari sudah jumpa pengganti Ashraf Sinclair

Penyanyi Indonesia, Bunga Cintra Lestari (BCL) dikhabarkan bakal berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Tiko Aryawardhana, pada 2 Disember ini dan sekaligus, menggantikan arwah Ashraf Sinclair.

Menurut sumber, penyanyi itu turut mengesahkan majlis pernikahan akan diadakan di sebuah hotel mewah yang terletak di Bali.

‘’Memang benar BCL akan menikah pada 2 Disember ini dan majlisnya akan diadakan di sebuah hotel mewah di Bali.

‘’Majlis perkahwinan itu nanti dijangka sangat eksklusif kerana difahamkan jumlah tetamu yang diundang tidak ramai iaitu kurang 100 orang,’’ menurut sumber.

Dikatakan BCL  juga sudah selesai menguruskan dokumen berkaitan urusan pernikahannya dengan jejaka yang bertugas di sebuah bank antarabangsa.

Kedua pasangan ini masih menutup mulut dan tidak mengeluarkan kenyataan berhubung tarikh pernikahan mereka sedangkan resepsi akan diadakan pada 2 Disember, bulan depan.

BCL pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon  Ashraf Siclair yang meninggal dunia pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki. – SM

Artikle Berkaitan :>

 

Satu panggung sebak mengenangkan arwah Ashraf Sinclair di konsert BCL

Pemergian Ashraf: Para peminat turut bersedih dan doakan BCL serta Noah tabah

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button