Budak Motor mengharapkan Litar Red di seluruh negeri
Kelmarin berlangsung sidang media, Program Legacy Rider 2.0 yang akan menghimpunkan lebih 50,000 peminat dari sukan pemotoran dalam negara.
Acara itu akan berlangsung di Bekas Lapangan Terbang Sungai Besi, pada 28 Oktober ini disertai dengan pelbagai aktiviti bagi memeriahkan lagi program tersebut.
Menurut wakil penganjur, Pengarah Urusan GGR Machine (M) Malaysia & Legacy Rider, penganjuran kali ini merupakan kali kedua dan diharap pada tahun ini lebih 60,000 pengunjung akan hadir ke acara ini.
Selain itu, Musaddiq juga berharap agar pihak kerajaan memandang sukan pemotoran ini ke arah lebih baik secara meluas untuk mengadakan Litar Red di seluruh negeri.
‘’Kita mengharapkan sukan pemotoran ini di naik taraf dan mohon pada pihak kerajaan memandangkan kepada sukan ini demi anak muda, kami juga sangat berharap pada pihak kerajaan untuk menyediakan Litar Red di seluruh negeri.
Tidak mahu dipandang remah terhadap ‘budak motor’, pihak penganjur mengambil pendekatan untuk mengisi acara berkaitan keagamaan secara tidak langsung dapat berdakwah pada anak-anak muda dan menaik taraf isu sosial.
‘’Antara pengisian yang akan dalam acara ini, solat berjemaah, kami juga memanggil Ustaz Syamsul Debat secara tidak langsung dapat dapat mengisi keagamaan kepada golongan budak motor’’. Jelasnya.
Selain itu terdapat juga terdapat aktiviti sukan berkuda, aktiviti memanah, pameran motor berkuasa besar.
“Program ini dijalankan untuk menyemarakkan industri pelancongan di negeri Selangor dengan memperkenalkan kepada kumpulan bermotosikal di seluruh negeri serta golongan belia yang menceburi sukan permotoran bagi tujuan mengeratkan silaturrahim dan berekreasi.
“Event Legacy Rider 2.0 merupakan sebuah program yang menghimpunkan para belia yang terlibat dengan sukan permotoran dalam sebuah program yang santai & Pelbagai aktiviti dan hiburan dari rakan selebriti popular tanahair yang akan dijalankan.
“Dalam usaha menjayakan Event Legacy Rider 2.0 juga, kami telah menjalankan hubungan baik dengan rakan selebriti popular tanahair dan ikon-ikon media sosial (influencer) yang akan turut serta membantu dan mempromosikan event ini,” katanya.
Antara selebriti jemputan Achey Bocey, Black Hanifah, Ajak Shiro, Uchop Ahmad, Tajul dan ramai lagi.
Artikle Berkaitan :>
Pelumba negara motor, Md Izzat Zaidi kemalangan, isteri mohon doa