Auto TravelBerita Auto

Vios serba baharu membuat kemunculan perlumbaan pertamanya pada hujung minggu ini

TOYOTA Vios generasi serba baharu hari ini memberikan pratonton ringkas kepada pesaing dan peminat model terbaharu yang bakal digunakan secara rasmi untuk perlumbaan one-make Vios Challenge Musim 7 akan datang.

Jentera generasi terbaharu membuat penampilan sulung bersama pelumba selebriti yang bersaing dalam Kelas Promosi dan akan menguji kehebatannya dalam dua perlumbaan 18 pusingan di Litar Antarabangsa Sepang untuk akhir Musim 6 hujung minggu ini.

Musim ke-7 pula akan menyaksikan Vios baharu berentap dalam kelas Super Sporting dan Promosi Cabaran GR Vios untuk pemandu profesional, amatur dan juga selebriti.

Vios baharu terus dikuasakan oleh enjin 1.5 liter dengan transmisi manual lima kelajuan, tetapi memaparkan platform serba baharu yang lebih tegar dan stabil serta aerodinamik yang dipertingkat dan diperkemaskan semula.

Penambahbaikan casis ini juga memberi impak dalam meningkatkan pengendalian secara mendadak, menjadikan kereta lebih melekat di selekoh, lebih responsif bergantung kepada input pemandu dan mampu mencatatkan masa pusingan yang lebih pantas.

Kereta itu tersedia kepada pasukan dan pemandu untuk dibeli dari UMW Toyota Motor Sdn Bhd dengan spesifikasi perlumbaan bersama peralatan keselamatan mengikut piawaian FIA.

Seperti musim sebelumnya, pasukan dan individu membeli kereta lumba itu daripada UMW Toyota Motor Sdn Bhd pada harga insentif. Ini selaras dengan komitmen dan objektif jangka panjang UMW Toyota Motor Sdn Bhd untuk menjadikan sukan permotoran di Malaysia lebih berpatutan dan boleh diakses oleh lebih banyak pasukan dan pemandu.

Sepanjang 6 musim perlumbaan one-make Vios Challenge diadakan, ianya telah melahirkan bukan sahaja pemandu yang berjaya malah menjadi acara sukan permotoran yang berjaya mencungkil bakat baharu dan muda.

Pengenalan model baharu Vios untuk perlumbaan dalam Musim 7 tahun depan dan mengekalkan format siri perlumbaan make Vios Challenge yang sama untuk semua kelas perlumbaan sejak ia dimulakan pada 2017. Ini memberikan pelumba peluang yang sama untuk menjuari perlumbaan itu nanti berdasarkan kemahiran individu serta pengalaman mereka. – SM 

Artikel berkaitan > Penampilan di luar jangkaan dengan Toyota Vios serba baharu

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button