Sime Darby Property terajui pemilikan hartanah di Malaysia dengan kempen ‘Great Deals’
SIME Darby Property Berhad (Sime Darby property) mendengar kehendak para pembeli untuk memiliki hartanah, dan bersedia merealisasikan impian mereka dengan tawaran hebat baharu menerusi kempen ‘Great Deals’.
Mulai hari ini hingga 31 Disember 2023, para pelanggan berpeluang memanfaatkan kadar pembiayaan rendah bermula daripada 3.9% untuk semua produk kediaman dan komersial Pasaran Terbuka, melalui rakan perbankan terpilih.
Di samping pengecualian duti setem dan Memorandum Pemindahan (MOT) ke atas Perjanjian Jual Beli (SPA) yang diberikan sewaktu Kempen Pemilikan Rumah (HOC) yang diperkenalkan oleh Kerajaan, Sime Darby Property juga akan menanggung yuran guaman dan duti setem untuk pinjaman sepanjang tempoh kempen.
Sime Darby Property turut menawarkan pengecualian ansuran sehingga RM2,000 selama dua bulan setiap satu kepada pembeli hartanah terpilih, dan 999.9 jongkong emas bernilai sehingga RM150,000 kepada pelanggan bertuah.
Insentif-insentif ini merangkumi pembelian produk terpilih di beberapa perbandaran terkemuka Sime Darby Property termasuk Bandar Elmina, Bandar Bukit Raja, Putra Heights, Bandar Serenia, Nilai Impian, Bandar Ainsdale, KLGCC Resort, Ara Damansara, Subang Jaya City Centre, KL East, Melawati, dan Bandar Universiti Pagoh.
Ketua Pegawai Pemasaran dan Jualan Sime Darby Property, Datuk Lai Shu Wei berkata, kempen ‘Great Deals’ merupakan peluang yang baik untuk para pelanggan membeli hartanah walaupun dalam persekitaran ekonomi yang sukar.
“Kami masih melihat permintaan yang tinggi untuk hartanah di kawasan-kawasan utama dengan perhubungan, akses dan kemudahan yang baik.
“Walaupun produk kami sesuai untuk pasaran seperti yang dibuktikan oleh kadar pengambilan yang tinggi secara konsisten, kami memperkenalkan kempen ini untuk menangani kembimbangan pembeli dan menyemai rasa yakin, di samping mewujudkan pengalaman tidak rumit dengan proses pemilikan hartanah,” katanya.
Katanya, di samping membangunkan hartanah, mereka juga mewujudkan komuniti mampan yang memperkayakan kehidupan masyarakat.
“Syarikat memberi peluang kepada orang ramai untuk memiliki hartanah yang berkualiti tinggi pada harga yang sesuai. Kami membantu pelanggan mencapai hasrat mereka untuk memiliki hartanah mereka, bermula dengan di
perbandaran kami,” jelas beliau.
Sime Darby Property berada di landasan yang betul untuk mentransformasi dari sebuah pemaju hartanah pure-play kepada syarikat hartanah menjelang 2025, dengan fokus untuk menjadi pemaju utama, pembina komuniti serta pengurus pelaburan dan aset.
Dengan berpandukan matlamat Syarikat sebagai Pengganda Nilai kepada Masyarakat, Perniagaan, Ekonomi dan
Plane t, dedikasi Sime Darby Property juga melangkaui pembangunan hartanah ketika Syarikat bergerak untuk memupuk komuniti yang bertenaga dan berkekalan yang meningkatkan kehidupan untuk generasi akan datang.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ‘Great Deals’, sila kunjungi galeri jualan Sime Darby Property atau lawati www.simedarbyproperty.com/greatdeals. – SM