Lee Zii Jia tersingkir dari Kejohanan Dunia
PEMAIN badminton profesional negara Lee Zii Jia tersingkir dari Kejohanan Dunia di Copenhagen Denmark apabila tewas kepada pemain tuan rumah Anders Antonsen.
Zii Jia yang diletakkan sebagai pemain bukan pilihan tewas 18-21, 17-21 kepada Antonsen yang merupakan pemain ranking ke-12 dunia dalam masa 53 minutes di peringkat suku akhir,
Kini harapan Malaysia untuk meraih kejuaraan bergantung kepada tiga pasangan – penyandang juara beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik, pasangan wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah dan beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei – yang layak ke suku akhir.
Aaron-Wooi Yik akan bertemu Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi dari China, Pearly-Thinaah akan menentang Zheng Su Xian-Zheng Yu, juga dari China, dan Tang Jie-Ee Wei akan menentang Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun. – SM