Penerbangan MH122 terpaksa patah balik ke Sydney kerana gangguan penumpang
Sebuah pesawat Malaysia Airline MH122 yang sepatutnya dalam perjalanan dari Sydney ke Kuala Lumpur malam tadi terpaksa berpatah balik ke Sydney, Australia ekoran seorang penumpang mencetuskan ‘gangguan’ di dalam pesawat MH122 semasa penerbangan.
Langkah berpatah balik itu terpaksa diambil berikutan penumpang yang berada di dalam pesawat tersebut membuat ancaman, memiliki bom.
Malaysia Airlines dalam satu kenyataannya berkata, ketika kejadian, pesawat yang membawa 194 penumpang bersama lima anak kapal itu selamat mendarat di lapangan terbang Sydney kira-kira jam 3.47 petang waktu tempatan.
“Demi keselamatan, komander penerbangan membuat keputusan untuk kembali ke Sydney. Pihak berkuasa tempatan sedang menilai keadaan. Keselamatan dan keselesaan anak kapal serta penumpang amat penting kepada Malaysia Airlines,” katanya.
Penumpang lelaki yang menumbulkan kekocohan telah ditahan oleh polis Australia untuk siasatan lanjut.
Terdahulu tular satu video yang disiarkan menerusi X (Twitter) oleh individu yang didakwa berada di dalam penerbangan yang sama menyaksikan seorang kru penerbangan cuba menenangkan seorang penumpang lelaki yang menjerit ke arah penumpang lain di dalam pesawat berkenaan. – SM
Artikle Berkaitan :>
Thai Airways kendali penerbangan dua kali sehari di laluan Dhaka-Bangkok