Noh Salleh bakal nikahi peguam
Vokalis Hujan, Noh Salleh bakal mengakhiri status duda pada 23 September bersama wanita pilihanya yang merupakan seorang peguam, Fatin Athira Mustapa.
Pasangan yang sudah bertunang hampir empat bulan ini sudah pun mengedarkan kad undangan digital majlis perkahwinan pada keluarga dan sahabat terdekat.
Difahamkan majlis pernikahan akan diadakan pada sebelah pagi manakala majlis resepsi diteruskan pada pukul 8 malam di hari yang sama.
Kedua pasangan ini memilih sebuah dewan acara yang terletak di Puchong untuk majlis resepsi mereka.
Terdahulu, Noh dan Fatin mengikat pertunangan di kediaman wanita tersebut di Putra Height, Subang Jaya pada 7 Mei lalu.
Untuk rekod, Noh yang juga vokalis kumpulan Hujan itu pernah mendirikan rumahtangga dengan penyanyi, Mizz Nina atau Shazrina Azman, 40, pada 2 Julai 2011, namun bercerai awal Ogos tahun lalu.
Pasangan itu bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata namun memiliki seorang anak angkat bernama Musa.
Artikle Berkaitan:>
“Korang Semua Kena Tipu”, Noh Salleh Ulas Dakwaan Rumah Tangganya Bergolak!
“Kau pergi mampus,” – Lafaz Noh Hujan dengan rokok di bibir dalam KLFW2022
Tidak lagi single, Mizz Nina sah jadi isteri Essam Muhammad