Hiburan

“Kau pergi mampus,” – Lafaz Noh Hujan dengan rokok di bibir dalam KLFW2022

Penyanyi kumpulan Hujan, Noh Salleh membuat kontroversi dalam KL Fashion Week 2022 apabila melafazkan perkataan, “Kau pergi mampus”.

Selain melafazkannya dan menunding jari kepada tetamu yang hadir, tindakan Noh dianggap tidak beretika bagi acara yang bersifat nasional.

Lebih menyedihkan, selamba Noh mengeluarkan sebatang rokok dan cuba berinteraksi dengan tetamu seperti kononnya meminta pemetik api.

Walaupun rokok itu tidak dibakar, tetamu yang hadir serta para peminat melihat ia sungguh tidak sopan dan hanya memburukkan nama majlis.

Terdahulu, Noh dilaporkan bercerai dengan penyanyi, Mizz Nina dan peminat berpendapat Noh sedang berperang dengan dirinya.


(Visited 475 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button