Politik

PJD Link terus undang kemarahan orang ramai-Sasha Lyna

Projek PJD Link mengundang kemarahan dan bantahan orang ramai di daerah Petaling Jaya sejak sekian lama. Bagaimanapun, kerajaan Selangor di bawah Pakatan Harapan (PH) tidak pernah menunjukkan ia sedang meneliti kebarangkalian projek itu dibatalkan sejak projek itu diluluskan pada April 2022.

Timbalan Pengerusi Biro Undang-undang & Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Sasha Lyna Abdul Latif dalam kenyataannya hari ini berkata, hanya pada hari kedua kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari telah mengumumkan bahawa projek itu telah dibatalkan.

“Mengapa pengumuman ini dibuat semasa tempoh pilihan raya dan bukan pada bila-bila masa sebelum ini?

“Seterusnya, bolehkah kerajaan sementara atau Menteri Besar sementara membuat keputusan impak seperti ini?” soal Sasha Lyna yang juga merupakan calon PRN Selangor bagi DUN Bukit Antarabangsa (N19).

Dalam kenyataan yang sama, beliau berkata,  selepas pengumuman dibuat, pelbagai individu dan NGO menyambut baik keputusan itu. Tetapi, katanya,  pengumuman itu betul-betul mempersoalkan kesahihan aku janji yang dibuat oleh MB sementara.

“Kini, semua orang terkejut dan meluat, tidak sampai 24 jam selepas pengumuman itu, Pakatan Harapan sekali lagi membuat U-Turn secara drastik mengenai keputusan itu,” katanya.

Semalam, kata Sasha Lyna, Amirudin tiba-tiba mengumumkan projek PJD Link mungkin akan dihidupkan semula sekiranya pemaju memenuhi keperluan dan piawaian kerajaan negeri.  “Adakah dia mempermainkan hati dan fikiran pengundi PJ? Atau adakah kempen tidak berprinsip ini diamalkan oleh Pakatan Harapan-BN?,” soal Sasha Lyna.

AMIRUDIN SHARI

Amirudin juga bertanding sebagai calon di Sg Tua dan beliau tidak ada urusan membuat janji seperti ini di tengah-tengah kempen pilihan raya, katanya.

Tambah Sasha Lyna lagi, baru beberapa hari sebelum kempen Pilihan Raya Negeri, di Terengganu, Timbalan Perdana Menteri juga telah mengumumkan peruntukan RM 500,000 kepada beberapa NGO di Terengganu dan telah menjanjikan lebih banyak peruntukan sekiranya negeri Terengganu menjadi ‘gelombang biru’ daripada ‘gelombang hijau’.

“Sekali lagi penyalahgunaan peraturan asas pilihan raya yang adil oleh seorang menteri sementara. “Kami terkejut dengan kempen tidak berprinsip yang dibawa oleh Pakatan Harapan & BN dan kami menggesa semua calon untuk mengadakan kempen yang bersih dan fokus kepada apa yang boleh dilakukan oleh calon untuk DUNnya sekiranya mereka dipilih oleh rakyat.

“Ini adalah salah guna pilihan raya yang sering dikeluhkan oleh PH dan Bersih. Kini PH-BN melakukan penyelewengan yang sama.  “Kami menggesa mereka untuk menghentikan jenis kempen murah dan tidak adil ini dan bertanding secara adil dalam pilihan raya ini,” katanya. – SM

BACA Senarai Penuh Calon Perikatan Nasional (PN) Bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button