Mummy suka ‘karpet hijau’, ucapan Mas Idayu berbaur metafora politik?
Duo Mas Idayu dan Sissy Iman di pentas Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-35 (ABPBH35) menambahkan senarai perkara paling pelik terjadi di Malaysia.
Namun menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan menjelang tidak lama lagi, banyak suara dan lawak politik mula kedengaran di mana-mana tempat sebagai ‘hint’.
Di atas pentas ABPBH25, biar pun ucapan Mas Idayu kepada Sissy Iman mungkin tidak memberi apa-apa maksud tetapi ia cukup menarik jika dilihat dari sudut naratif politik.
Sissy Iman bertanya kepada Mas Idayu, “Kenapa tak nampak mummy dekat karpet merah?”
Balas Mas Idayu, “Mummy tak suka warna tu. Mummy suka karpet hijau”.
Maka analisis politik yang terbit daripada dialog itu adalah adakah Mas Idayu merujuk ‘karpet merah’ itu sebagai warna bendera Pakatan Harapan?
Dan adakah ‘karpet hijau’ yang disebut itu sebenarnya merujuk kepada ‘gelombang hijau’ yang diidentitikan kepada Pas dalam Perikatan Nasional?
Apa-apa pun, ini sekadar coretan daripada pemerhatian semasa sahaja dan terhasil apabila mood PRN bergabung dengan mood ABPBH35.
P/s: Semoga Bell Ngasri menang besar. Yak yak yeah!