Politik
Guan Eng langgar 2 dari 3R, bila akan ditahan?
PEMIMPIN DAP Lim Guan Eng yang melanggar dua daripada tiga R iaitu agama dan kaum, masih belum dikenakan tindakan undang-undang.
Khairy Jamaluddin berkata, Guan Eng masih lagi bebas selepas menuduh jika Pas menang pada pilihan raya negeri kali ini berhala akan diroboh sebagaimana berlaku di Kedah di mana sebuah kuil Hindu telah diroboh.
Khairy berkata, pihak polis dan jabatan peguam negara perlu konsisten dalam mengambil tindakan sebagaimana yang dikenakan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Sanusi dituduh di bawah Akta Hasutan kerana menghina Sultan Selangor.