Luar Negara

Coronavirus: Singapura catat tujuh kes baharu

SEORANG pemandu teksi dan kereta sewa persendirian antara tujuh mangsa terbaharu Novel Coronavirus di Singapura.

Selain itu, dua pekerja sebuah premis jual produk kesihatan turut dijangkiti.

Mereka disyaki berurusan dengan kumpulan pelancong China yang datang ke premis sebelum itu.

Sementara dua lagi sebelum itu dilaporkan menghadiri mesyuarat perniagaan di Hotel Grand Hyatt.

Hotel tersebut sebelum ini menjadi tempat penginapan bagi pelancong dari China yang dijangkiti wabak Coronavirus ketika melancong ke Singapura.

[BACA ARTIKEL] Koronavirus: Amaran jingga, Malaysia akan bincang dengan Singapura — Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] Coronavirus: 6 jangkitan baru di Singapura, 4 jangkitan tempatan — Suara Merdeka

Peningkatan tersebut menjadikan keseluruhan 40 kes jangkitan di negara republik itu sehingga Sabtu 8 Februari 2020.

Dalam jumlah tersebut hanya empat sahaja dilaporkan kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatannya, dua daripadanya sudahpun keluar hospital sementara sebahagian besar pula menunjukkan tanda-tanda semakin pulih.

Airport screening
SYARIKAT-syarikat penerbangan negara dijangkiti Novel Coronavirus gantung penerbangan pergi dan balik dari China.

“Kesemua tujuh pesakit terbaharu itu tidak pergi ke China dalam tempoh penularan wabak Coronavirus,” katanya seperti dilaporkan portal Channel News Asia (CNA).

Tambah kenyataan itu, kementeriannya kini sedang bekerja sama dengan Kementerian Pengangkutan bagi memastikan pemandu teksi dan peribadi supaya mengambil tindakan sewajarnya.

[BACA ARTIKEL] Coronavirus: lebih 800 mati di China — Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] 
Kerajaan Malaysia cemerlang tangani koronavirus — Suara Merdeka

“Bagaimanapun jangkitan terhadap orang awam melalui pengangkutan awam ataupun di tempat umum masih lagi rendah,” ujarnya. – CNA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button