Politik

Perikatan Nasional gempur Negeri Sembilan

GEDANG perang telah lama dipalu. Kini paluannya semakin kencang. Selepas Selangor dikuasai gelombang hijau, semalam giliran Negeri Sembilan.

Bagaimanapun Negeri Sembilan gelombangnya tidak begitu hebat dan semua sedia maklum bahawa negeri ini merupakan satu-satunya daripada enam buah negeri yang bakal mengadakan pilihan raya negeri, masih menjadi kubu kuat Umno.

Selangor kubu kuat PKR kelihatan bakal roboh, manakala Pulau Pinang menjadi benteng DAP pula mula bergoncang digempur Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Semalam Tan Sri Annuar Musa bersama jajaran pemimpin Perikatan Nasional iaitu antaranya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyertai himpunan kebangkitan rakyat di negeri berkenaan.

Sebelah siangnya Annuar bersama Muafakat Nasional turut mengadakan sesi townhall.

Kedua-dua program berkenaan mendapat sambutan yang luar biasa.

Ini jelas menunjukkan rakyat mahukan perubahan di negeri sembilan dan berharap Perikatan Nasional dapat membawa rakyat keluar dari kemelut politik merimaskan apabila Umno bersekongkol dengan Dap.

Bukan sahaja mereka yang berada di atas pagar hadir malam tadi, mengejutkan juga kerana ramai ahli Umno yang tampil.

Bahkan ada yang merisik khabar walaupun tidak hadir secara terbuka.

Politik jumud berpaksi kekuasaan individu bukan lagi pilihan dan selera masyarakat masa kini.

Rakyat juga mahukan saf kepimpinan baharu memimpin dan membawa suara mereka.

Mereka sudah penat menyaksikan drama pergaduhan pemimpin politik yang hanya mementingkan kepentingan diri sendiri.

Gegak gempita paluan gendang perang semalam akan disusuli dengan gegaran selepas ini.

Jadi Umno wajarlah berasa gusar kerana negeri yang dirasakan kubu kuat juga bakal tumbang dan menandakan penolakan secara total terhadap parti yang sudah jauh menyimpang daripada perjuangan asal.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button