Nasional

Bekas exco pemuda UMNO sertai PN

DUA bekas Exco Pemuda UMNO, Fariz Hadi dan bekas timbalan pengerusi sekretariat agamawan muda, Raihan Husni diumumkan menyertai Perikatan Nasional (PN) malam tadi sempena Ceramah Perdana Gelombang Kebangkitan Rakyat di Senawang, Negeri Sembilan.

Bekas Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris yang digantung keahliannya sejak 2021, berkata, “Alhamdulillah, tahniah dua sahabat seperjuangan Fariz Hadi dan Raihan Husni yang juga mantan Exco Pemuda UMNO Malaysia penggal 2018 lalu malam tadi mengumumkan menyertai PN mengikut jejak langkah mantan Ketua Pemuda UMNO Seremban, Zool Amali atau Bozz Jebat, malam tadi.

“Makin bertambah kuatlah PN dalam nak berdepan pilihan raya negeri (PRN) enam negeri ini.

“Dijangka ramai lagi yang akan bersama memastikan gelombang kebangkitan Melayu membadai PHBN (Pakatan Harapan dan Barisan Nasional),” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Semalam, bekas Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa secara rasminya diterima menjadi ahli PAS. -SM

Baca juga : PAS perlu diangkat menjadi teras utama perjuangan ummah, Annuar Musa

(Visited 170 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button