Politik

Amirudin menghadap Sultan Selangor bubar DUN

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah minggu ketiga Jun bagi memohon perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

DUN Selangor akan terbubar secara automatik pada 25 Jun ini.

“Sebelum tarikh itu saya akan menyampaikan hasrat bila tarikh untuk kita bubar… (akan menghadap sultan) minggu ketiga atau minggu keempat Jun.

“Mungkin juga boleh jadi minggu kedua (Jun),” katanya.

Sultan Sharafuddin dijadualkan berangkat menunaikan haji bulan depan.

Selangor antara enam negeri yang akan berdepan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) – SM

BACA Sidang DUN Selangor tegang isu khianat mandat rakyat

BACA DUN Selangor tak bubar, Sultan mahu kerajaan negeri lengkapkan penggal penuh

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button