Hiburan
Apabila pelakon Indonesia ‘try hard’ cakap Melayu, rosak rencah filem Anwar?
Tindakan menggunakan pelakon Indonesia sebagai watak-watak Melayu yang bermain dalam filem Anwar: The Untold Story jelas bukan satu langkah yang bijak.
Hal ini demikian kerana perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim cukup dekat dengan hati orang-orang Melayu serta rakyat Malaysia tetapi filem itu satu kerugian.
Filem Anwar: The Untold story arahan sutradara Indonesia, Viva Westi satu kerugian kerana penonton bagaikan ‘terpotong stim’ dengan lontaran dialog yang dimainkan.
Baik polisnya, baik wartawannya, baik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail lakonan Acha Septriasa dengan wajah polosnya, semua ‘try hard’ cakap Melayu.
BACA Anwar dan Wan Azizah tersentuh selepas menonton kisah perjuangan mereka