Nasionalpilihan

Ngoca ikan meriahkan sambutan Aidilfitri

Kebiasaannya sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri diadakan dengan menyediakan pelbagai jenis hidangan ketupat, rendang, kuih raya dan sebagainya termasuk persembahan hiburan.

Namun bagi penduduk di Kuala Sungga, Tebong dekat sini memecah amalan biasa membuat kelainan menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri dengan program Jom Ngoca ikan di sebuah parit di Kampung Solok Batu Dinding, Kuala Sungga di sini.

Lebih 100 penduduk tidak melepaskan peluang memeriahkan suasana dengan menyertai aktiviti mengoca ikan termasuk di Lubok Tok Salim sebelum mereka menyertai Rumah Terbuka Aidilfitri.

Penduduk Kampung Kuala Sungga bertungkus-lumus menangkap ikan menggunakan tangan di Kampung Solok Batu Dinding, Kuala Sungga, Alor Gajah, Melaka.

Seawal pukul 8.00 pagi penduduk termasuk kanak-kanak sudah mula berkumpul untuk menyertai aktiviti Jom Ngoca yang kali pertama dianjurkan di kampung berkenaan.

Mereka yang hadir pada aktiviti tersebut dihadiri pelbagai kaum terutama India, Cina dan masyarkat Orang Asli.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya, Ngwe Hee Sem berkata, beliau sangat teruja atas usaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kuala Sungga menganjurkan program berkenaan.

“Ini satu keunikan menganjurkan Rumah Terbuka dan program Jom Ngoca di sebuah parit yang menyaksikan ramai penduduk turun menangkap pelbagai jenis ikan air tawar.

“Saya tidak sangka program ini mendapat sambutan mengalakkan daripada seluruh penduduk setempat termasuk anak-anak mereka yang tinggal di luar negeri ini yang sanggup balik.

“Saya berpendapat program ini perlu menjadi acara tahunan kerana ada kelainan yang dilihat kerana ia dapat menyatu-padukan seluruh penduduk,” ujarnya kepada pemberita selepas turut
serta dalam program Jom Ngoca di sini semalam.

Hee Sem yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia Dan Perpaduan negeri berkata, program yang berlangsung hampir tiga jam itu menyaksikan penduduk kampung berjaya menangkap pelbagai spesis ikan seperti keli, haruan, sepat dan belida keseluruhan seberat 30 kilogram (kg).

Lebih menarik ADUN Machap Jaya turut dinobatkan sebagai juara Jom Ngoca apabila berjaya menangkap ikan keli seberat lima kilogram (kg) tempat kedua menjadi milik Nur Kholiq Ahmad Tohir, 31, dan ketiga dimenangi Shameer Anuar Redzuan, 38.

Ikan yang berjaya ditangkap itu kemudiannya dibakar dan dinikmati oleh penduduk sewaktu jamuan makan tengahari. – SM

BACA Ribuan spesis ikan mati bukan berpunca sungai Melaka tercemar

(Visited 122 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button