Politik

Anwar jangan jadi bacul, nak tuduh cakap nama betul-betul

Inilah kualiti seorang Perdana Menteri paling ‘haprak’ dalam sejarah kepimpinan negara yang hanya tunjuk hebat depan orang ramai tetapi tak berani sebut nama orang yang dia fitnah.

Saya cabar Anwar Ibrahim untuk sebut nama atau buat tuduhan secara jelas siapakah yang dia maksudkan ketika berucap pada majlis rumah terbuka Negeri Sembilan itu?

Jangan hanya berani buat ucapan secara sindiran dan umum saja. Itu bukan ‘anak jantan’ namanya.

Anwar Ibrahim berhentilah jadi ‘pengecut’ hanya berani buat tuduhan serta fitnah orang lain secara umum.

Inilah kualiti pemimpin jalanan yang ‘haprak’ bersikap retorikal semata-mata dan tidak boleh bekerja.

Hari-hari Anwar Ibrahim hanya bermain politik murahan dan bercakap politik menuduh orang lain tanpa mampu mempamerkan sebarang bukti.

Apabila Anwar Ibrahim memfitnah Tun Dr Mahathir Mohamad dan diambil tindakan undang-undang peguam beliau menghubungi peguam Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mohon penangguhan jawapan sebanyak dua kali.

Mana perginya ‘berkotak-kotak’ bahan-bahan bukti salah-laku Tun Dr Mahathir Mohamad sepertimana yang diwar-warkan sejak tahun 1998 dahulu?

Sepatutnya Anwar Ibrahim harus dedah saja bahan-bahan bukti tersebut tanpa buat sebarang penangguhan.

Saya yakin Anwar Ibrahim bakal mengetahui ‘langit tinggi rendah’ apabila beliau bersemuka dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kamar mahkamah kelak.

PMX yang ‘haprak’ ini harus ‘move on’ dan sepatutnya fokus ke arah berkerja keras untuk membina semula Malaysia Baharu.

Yang Ikhlas,
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Sekretariat Proklamasi Orang Melayu
8 Mei 2023

BACA Sembilan tuntutan Mahathir terhadap Anwar

BACA Anwar serah kepada peguam berhubung tuntutan saman RM150 juta Tun Mahathir

(Visited 524 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button