Kerajaan baharu rancang pakej ransangan ekonomi
KERAJAAN akui Novel Coronavirus memberi impak negatif kepada ekonomi negara terutama dalam sektor pelancongan.
Justeru, beberapa perancangan dilakukan khusus dalam Pakej Ransangan Ekonomi sebagai mekansime untuk menanganinya.
Penyediaan pakej ransangan ekonomi ini bagaimanapun dilihat agak terlewat berbanding kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020 sudahpun bermula sejak Januari.
Sektor pelancongan negara juga dilihat terjejas akibat jangkitan Coronavirus yang menyebabkan kerajaan China menyekat rakyatnya ke luar negara.
Kerajaan sepatutnya menyediakan pelan kontigensi lebih awal bagi menangani penularan wabak tersebut dalam negara.
[BACA ARTIKEL] Lelaki 41 tahun warga pertama Malaysia dijangkiti coronavirus — Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] Coronavirus: 6 jangkitan baru di Singapura, 4 jangkitan tempatan — Suara Merdeka
Namun, tidak dinyatakan bila pakej ransangan itu akan dilaksana bagi mengurangkan impak wabak Coronavirus.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kementeriannya diberi tanggungjawab untuk merancang termasuk mendapatkan maklumbalas untuk dimasukkan dalam pakej tersebut.
Katanya, kementerian menzahirkan keprihatinan dengan penularan wabak dari Wuhan, China itu yang memberi kesan kepada ekonomi.
“Suatu tarikh akan diumumkan nanti bagi melaksanakan pakej ransangan ekonomi seperti yang diarahkan oleh Kabinet kepada Kementerian Kewangan.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dapat maklum balas kementerian lain dan pemain industri
Menurut Guan Eng, pihaknya akan mendapatkan maklumbalas daripada kementerian berkaitan bagi mengenalpasti pakej yang boleh ditawarkan untuk tangani kesan penularan Coronavirus.
“Kementerian Kewangan akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi; Pelancongan, Seni dan Budaya; dan Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
[BACA ARTIKEL] Dua dasar baharu pacu sektor pelancongan, kebudayaan – Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] Jakim kurang peka isu semasa, teks khutbah Jumaat sentuh galakkan pelancongan — Suara Merdeka
“Selain itu, pemain industri sertai syarikat perkhidmatan berkaitan turut akan diambil maklum balas mereka untuk mendapatkan input,” ujarnya.
Berbanding negara-negara ASEAN lain, mereka mengambil tindakan lebih awal bagi mengurangkan risiko penularan Coronavirus yang lebih besar termasuk terhadap ekonomi.
Bagaimanapun hanya beberapa hari lalu kerajaan umum sekatan terhadap rakyat China dari Wuhan bagi mengekang wabak tersebut. – SM