AgamaRencah Hidup

1 Syawal tunggu pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

BANYAK sangat yang buat nujum Pak Belalang dan meneka bilakah 1 Syawal akan disambut sedangkan lazimnya seluruh rakyat Malaysia beragama Islam akan tunggu depan kaca televisyen pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Itu kelaziman yang diamalkan tetapi hari ini, sibuk di media sosial dan dalam kalangan netizen, negara jiran berhari raya pada hari Jumaat, 21 April dan Arab Saudi pula belum isytihar apa-apa.

Baharu dua minggu berpuasa, kenapa perlu sibuk nak meneka atau mendahului pengumuman rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja?.

Anak bulan syawal

Semalam di Facebook, ramai yang kongsi Pusat Astronomi Antarabangsa yang berpangkalan di Emeriah Arab Bersatu (UAE) menjangkakan akhir Ramadan pada hari Khamis bersamaan 20 April 2023 ini.

Portal Gulf News melaporkan, beberapa negara di Asia termasuk Australia mungkin tidak dapat melihat keadaan anak bulan Syawal dengan mata kasar mahupun menggunakan teleskop khas.

Bagaimanapun, beberapa negara Islam lain berkemungkinan dapat melihat anak bulan Syawal pada tarikh tersebut.

Artikle Berkaitan :>

Justin Bieber dan Hailey dikecam teruk selepas memperlekehkkan ibadah puasa

Murtabak hangus, pelanggan kena scam hari pertama Ramadan

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button