PARTI Putra pimpinan Datuk Ibrahim Ali dijangka akan dijenamakan semula bersama Gerakan Tanah Air (GTA) yang kemudiannya akan bergabung dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).
Gabungan itu difahamkan bagi membentuk satu pakatan yang kuat untuk berhadapan dengan Pakatan Harapan (PH) yang kini disokong oleh Barisan Nasional (BN).
Selepas penjenamaan semula itu, Presiden GTA, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilaporkan akan mengambil alih jawatan presiden daripada Ibrahim, yang juga sekutu lama bekas perdana menteri itu.
Utusan Malaysia memetik sumber sebagai berkata, GTA akan bekerjasama dengan parti-parti di bawahnya sebelum ini, seperti Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) dan Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), serta gabungan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin.
Artikel berkaitan > “Walaupun saya umur 97 tapi hati saya ini masih lagi dengan perjuangan orang Melayu” – Tun M