Politik
Shahrizat Jalil akan bertanding ketua wanita UMNO
BEKAS Ketua Pergerakan Wanita UMNO dan bekas menteri Kabinet Datuk Seri Shahrizat Jalil akan kembali untuk merebut jawatan itu pada pemilihan kali.
Sharizat, yang merupakan ketua Wanita Umno dari 2009 hingga 2018, memberitahu visinya adalah untuk mengukuhkan pergerakan itu dan melebarkan sayapnya.
“Kita perlu inklusif dan kita perlu berada di sana sebagai ibu negara untuk setiap rakyat seperti yang kita ada selama bertahun-tahun.
“Wanita perlu menjadi pengubah permainan semula. Kita mesti memenangi hati dan minda negara sekali lagi.” katanya.
Beliau berkata keputusannya untuk bertanding jawatan itu adalah atas desakan penyokongnya.