Remaja dakwa dirogol kenalan dari ‘dating apps’
SEORANG remaja perempuan berusia 17 tahun mendakwa dirinya telah diperkosa oleh beberapa lelaki selepas keluar dengan seorang individu yang dikenali Hazeq menerusi ‘dating apps’ pada Disember tahun lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, kejadian dipercayai berpunca selepas suspek memujuk rayu mangsa dengan menawarkan pekerjaan di sebuah kedai runcit.
Mangsa yang terpedaya dengan pujukan itu akhirnya bersetuju untuk mengikut suspek. Difahamkan Ketika kejadian, Ibu bapa rumah suspek tiada di rumah.
Pada 4 Februari lalu, Hazeq bersama seorang rakan mengambil mangsa yang turut membawa adiknya untuk melihat sebuah kedai runcit di Gurun milik kawannya bernama Sha yang dikatakan memerlukan pekerja.
Mangsa seterusnya mengikut lelaki itu bersiar-siar lebih sejam di Gurun sebelum dibawa ke sebuah rumah di Bedong.
Menerusi laporan yang dibuat, mangsa juga mendakwa dirinya telah dikurung dalam sebuah bilik yang berkunci bersama adiknya dan tidak diberi makan dan minum selama sehari.
Mangsa hanya diberikan makanan pada hari kedua namun selepas menjamah makanan tersebut mangsa tidak sedarkan diri sebelum menyedari diri dalam keadaan bogel dan dirogol.
Dakwa mangsa lagi, semasa dikurung dia terdengar perbualan Hazeeq dan rakan-rakannya yang mahu menjualnya di Pulau Pinang.