Uncategorized

SMART mulakan tugas SAR di Gaziantep, Turkiye

TIADA masa untuk berehat, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) terus memulakan misi mencari dan menyelamat sebaik sahaja tiba di Gaziantep, Turkiye.

Semua 70 pegawai dan anggota pasukan pertama yang diterbangkan ke Turkiye Isnin terus memulakan misi mereka.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan berkata pasukan itu sedang melaksanakan tugas SAR mangsa yang terperangkap dalam runtuhan akibat gempa bumi di Nurdagi, Gaziantep.

“Penugasan pasukan SMART di sini adalah bersama-sama pasukan INSARAG dari Qatar, yang melakukan tugas-tugas mencari mangsa yang terperangkap dalam runtuhan.

“Dalam operasi ini juga pasukan SMART yang turut dianggotai pegawai perubatan dari Kor Kesihatan Diraja, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut menghulurkan bantuan kecemasan di khemah mangsa yang terjejas,” katanya dalam kenyataan di Facebook NADMA.

Antara bantuan kecemasan yang diberikan adalah kepada mangsa yang mengalami serangan jantung. – SM

(Visited 151 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button