Subang Parade rai Tahun Baru Cina bersama Rumah K.I.D.S dan Rumah Charis
Kuala Lumpur 7 Feb. – Subang Parade bersama kanak-kanak dan wakil dari Rumah K.I.D.S and Rumah Charis menyambut Tahun Baru Cina dengan program penuh keseronokan termasuk filem dan hidangan istimewa.
Program yang diadakan di West End Concourse pusat beli-belah itu diserikan dengan kehadiran Ahli Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Chia Yew Ken.
Sebagai permulaan acara, kanak-kanak dihiburkan dengan maskot dan kemudiannya dijamu dengan makan tengah hari di McDonald’s, di mana kemeriahan perayaan benar-benar memuncak apabila tetamu jemputan, kakitangan Hektar REIT dan kanak-kanak berkumpul bersama sambil menikmati hidangan kegemaran mereka.
Angpow telah diberikan kepada kanak-kanak dengan sangat menggembirakan mereka, manakala Kotak Berkat dan cek disampaikan kepada wakil Persatuan Rumah K.I.D.S dan Rumah Charis.
Selepas makan tengah hari, kanak-kanak dikejutkan dengan tayangan filem “Puss in Boots” di Golden Screen Cinemas (GSC) yang terletak di tingkat satu di pusat beli-belah itu. Dewan tematik yang unik untuk kanak-kanak telah dikhaskan khas untuk kanak-kanak oleh GSC.
Pengurus Besar Kanan Subang Parade, Nubly Zainuham Ambotang, yang mengucapkan selamat Tahun Arnab yang sihat dan bahagia kepada semua, berkata, ketika semua sibuk dalam musim perayaan ini untuk bertemu dengan keluarga dan rakan-rakan, jangan lupa mereka yang memerlukan sedikit kasih sayang dan kebaikan dari kita semua.
“Kami gembira walaupun hanya untuk beberapa jam, dapat mengukir senyuman di wajah anak-anak dan semoga memberi mereka satu hari untuk diingati.” Katanya.
Chia Yew Ken berkata, setiap perkara penting, termasuk memberi kanak-kanak persekitaran yang selamat dan sihat untuk membesar dan matang menjadi orang dewasa yang menyesuaikan diri dengan baik.
“Adalah amat penting bahawa kanak-kanak dibesarkan dalam suasana yang berasaskan keluarga, kerana ini membantu dalam memastikan kesejahteraan mereka. Inilah yang diusahakan oleh Persatuan Rumah K.I.D.S dan Rumah Charis” katanya.