Nasional

Jeti roboh, 25 murid masuk sungai, KPM cadang wajib pakai jaket keselamatan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) memandang serius insiden jeti roboh di Kampung Pababag, Sabah dan mahu pemakaian jaket keselamatan adalah diwajibkan.

Ujar KPM dalam satu kenyataan, insiden itu melibatkan 25 murid dan dua guru Sekolah Kebangsaan Pulau Pababag dan akibat runtuhan tersebut, dua orang murid cedera ringan.

“KPM melalui PPD Semporna juga telah mengambil langkah dengan menyiasat punca kejadian yang berlaku kira-kira 6.45 pagi dan menyediakan bantuan segera kepada semua mangsa yang terlibat.

“Laporan awal yang diperoleh dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Semporna mendapati insiden tersebut berlaku semasa murid sedang menaiki jeti di kampung untuk ke sekolah,” kata kenyataan itu.

KPM berkata demikian mengulas insiden yang tular dan akan memastikan aspek keselamatan ditingkatkan selain keadaan struktur jeti yang selamat digunakan.

Dalam kenyataan itu, KPM juga akan mengadakan sesi libat urus dengan pemegang taruh serta pihak berkuasa tempatan dalam waktu terdekat.

“Ia bertujuan untuk membincangkan cadangan penambahbaikan infrastruktur di jeti sedia ada bagi memastikan agar kejadian seperti ini tidak berulang.

“Selain itu, usaha untuk memberikan bantuan sokongan psikososial terhadap guru dan murid yang menjadi mangsa akan teus digiatkan,” kata kenyataan itu.

KPM juga akan memohon pihak kerajaan tempatan untuk menyediakan laluan alternatif yang lebih selamat untuk murid, ibu bapa dan guru ke sekolah kerana KPM sentiasa komited untuk memastikan keselamatan dan kebajikan murid menjadi keutamaan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button