Nasional

Usaha atasi isu perkhidmatan feri di Langkawi diberi perhatian menjelang LIMA’23 – Anthony Loke

KEMENTERIAN Pengangkutan akan berusaha untuk menangani isu perkhidmatan feri di Langkawi yang ketika ini agak terbatas.

Langkah itu sebagai persiapan kehadiran pengunjung sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA’23), kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, usaha itu perlu dilakukan bagi memastikan perkhidmatan tersebut tidak menjejaskan penganjuran LIMA’23.

Ujarnya, Kementerian Pengangkutan menyokong penuh penganjuran LIMA’23 yang turut memberi kesan positif terhadap sektor pelancongan negara.

“Kita sudah arahkan Jabatan Laut dan pengendali feri untuk lihat isu ini serta meningkatkan kapasiti untuk tampung jumlah pengunjung. Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi ia tidak mempunyai isu kerana telah dinaik taraf sejak penganjuran sebelum ini.

“Ini bukan kali pertama Langkawi menjadi tuan rumah untuk LIMA dan kita yakin dapat tampung jumlah pengunjung termasuk penggunaan e-hailing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perasmian Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA’23) di Pusat Pameran Dagangan Antarabangsa (MITEC), petang semalam.

Hadir sama pada majlis itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd Aziz; dan Pengerusi Alpine Integrated Solution Sdn Bhd, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman selaku penganjur pameran tersebut.

Menurut Loke, tindakan itu bukan hanya persediaan bagi penganjuran LIMA’23 semata-mata, malah, ia juga merupakan persediaan menjelang perayaan Tahun Baharu Cina yang akan berlakunya peningkatan pengunjung.

Artikel berkaitan > LIMA’23 sasar kontrak perolehan sehingga RM8 bilion

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button