NasionalNegeri

Graduan disaran kuasai bahasa asing – Raja Muda Perlis

GRADUAN digalakkan supaya meningkatkan kemahiran dalam penguasaan bahasa asing agar mampu tampil lebih istimewa dan unik dalam membolehkan mereka mampu bersaing dan mendapat kedudukan yang lebih baik dalam pasaran kerja.

Demikian titah perutusan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada Sidang Ke Empat Bagi Istiadat Konvokesyen 17 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Dewan Ilmu, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra, baru-baru ini.

Di majlis tersebut, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan menyempurnakan penganugerahan folder Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Kepujian) jurusan Sistem Elektronik, Rekabentuk Telekomunikasi Elektronik, Rekabentuk Rangkaian Elektronik, Elektronik Bersepadu serta juga Sarjana Muda Kejuruteraan Awam Dengan Kepujian, Sarjana Muda Kejuruteraan Alam Sekitar Dengan Kepujian dan Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Kepujian)(Pembinaan) kepada 334 graduan.

Keberangkatan tiba Baginda yang diiringi anakanda bongsu baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail disambut oleh Naib Canselor, Prof. Datuk Ts. Dr. Zaliman Sauli. – SM

(Visited 80 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button