Uncategorized

Da’i Syed nikah dengan pengacara TV Nurul Hana

KALAU sudah jodoh, tak kemana. Walaupun jarak umur di antara pengantin lelaki sembilan tahun lebih muda daripada pengantin perempuan, asalkan mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak, maka majlis pernikahan telah selamat disempurnakan pagi tadi.

Hari ini, pendakwah bebas, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful atau lebih dikenali sebagai Da’i Syed, 27, selamat dinikahkan dengan pengacara sebuah stesyen televisyen, Nurul Hana Ismail, 36.

Majlis pernikahan kedua mempelai itu diadakan di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur.
Pengantin prempuan dinikahkan oleh bapanya, Ismail Dahwan dan dengan sekali lafaz, Da’I Syed sah bergelar suami kepada Nurul Hana.

Untuk upacara membatalkan air sembahyang, pengantin perempuan diberikan seutas gelang tanan emas dan mas kahwin.

Sejurus pengantin lelaki melafazkan nikah, Nurul Hana kelihatan sebak dan mengalirkan air mata kegembiraan.

Sekitar 100 tetamu terdiri daripada keluarga kedua-dua belah, rakan terdekat dan media hadir pada majlis pernikahan.

Bagaimanapun, kedua-dua belah pihak memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran yang diserahkan kepada pengantin perempuan.

Kedua-dua belah pihak juga mencapai kata sepakat untuk tidak mengadakan pertukaran dulang hantaran seperti yang dibincangkan semasa majlis pertunangan mereka terdahulu.

Antara selebriti yang turut hadir bagi meriahkan majlis pernikahan kedua mempelai ialah aktres Datin Seri Umie Aida dan Irma Hasmie.

Pasangan pengantin baharu akan diraikan dalam majlis resepsi yang akan diadakan di Monterez Club, Shah Alam, Selangor pada pukul 8.30 malam ini.

Imbas kembali, Dai’i Syed dan Nurul Hana telah mengikat tali pertunangan pada 23 Oktober lalu yang mana majlis pertunangan itu diadakan di kediaman keluarga NurulHana di Johor Bahru, Johor.

Untuk rekod Da’i Syed sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila dia dituduh mencabul seorang pelajar dan mahkamah memutuskan membebaskan dia daripada tuduhan itu.

Tahniah dan Selamat Pengantin Baharu kepada Da’I Syed dan Nurul Hana daripada warga kerja SUARA MERDEKA. – SM

(Visited 475 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button