NasionalPolitik

30 Ahli Parlimen mula menghadap Yang DiPertuan Agong

DI platform media sosial Twitter, Istana Negara trending nombor satu  dengan ciapan 65.6k sehingga sekarang.

Hari ini, angka trending itu akan naik lagi apabila 30 Ahli Parlimen dititah menghadap Yang Di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Sesi menghadap Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Istana Negara bermula pagi ini dengan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di istana.

Ini diikut dengan ketibaan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan Timbalan Pengerusi parti, Datuk Seri Mohamad Hasan atau Tok Mat Hassan yang dilihat tiba dengan kenderaan masing-masing sekitar pukul 10.40 pagi.

MAHB

Untuk rekod, kesemua 30 Ahli Parlimen BN dititah menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini berikutan sesi menghadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Dalam pada itu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun juga tiba di Istana Negara kira-kira 45 minit yang lalu.

Ini diikuti ketibaan beberapa wakil Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Istana Negara. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button