Nasional

Tiket bas habis, Haikal nekad jalan kaki balik kelantan

KEINGINAN Muhammad Haikal Noor Azmin, 18, pelajar Kolej Komuniti Kepala Batas yang ingin pulang menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi muda buat pertama kali tercapai apabila selamat tiba di kampungnya di Kelantan.

Pelajar itu tiba hari ini dengan bantuan daripada Pengurusan Kolej Komuniti Kepala Batas.

Berikutan semua tiket bas untuk pulang ke Pantai Timur habis, beliau nekad untuk berjalan kaki pulang ke Kelantan sebelum ini.

Pelajar bidang Sijil Animasi 2D itu baru memulakan perjalanan dengan menyorong beg pakaian seorang diri, dalam perjalanan itu, beliau terserempak dengan seorang pensyarahnya di Jalan Bertam Indah 2, sekitar pukul 7 malam Rabu.

Menurut Ts Jasni Mohd Yusof, Pengarah Kolej Komuniti Kepala Batas, pelajar berkenaan yang kurang sempurna dari segi pergerakan dan pertuturan dibantu selepas dia menjelaskan tindakannya mahu berjalan kaki ke Kelantan.

“Kita jumpa dia sedang berjalan kaki dan dalam keadaan letih… bagi memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar itu terjamin, Kolej Komuniti Kepala Batas mengambil inisiatif menghantar pulang Muhammad Haikal ke Kelantan bagi tujuan mengundi dengan menggunakan kenderaan jabatan hari ini.

“Sumbangan telah dibuat oleh semua kakitangan Kolej Komuniti Kepala Batas bagi memudahkan urusan perjalanan pelajar berkenaan,”katanya.

Bantuan yang diberikan oleh pihak Kolej Komuniti Kepala Batas sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban keluarganya yang telah kehilangan ayah sejak berusia 11 tahun lagi. -SM

 

 

(Visited 309 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button