Uncategorized

Ismail Sabri mulakan lawatan di Johor dengan menghadap Sultan Ibrahim

Menjulang adab dengan menghormati tuan rumah, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memulakan lawatan di negeri Johor dengan menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Johor Bahru.

Dalam Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Sultan Johor berkongsi gambar pertemuan itu dan turut berangkat, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Sesi menghadap Sultan Johor berlangsung kira-kira satu jam dan selepas pertemuan itu, Perdana Menteri menyantuni warga Ayer Hitam dalam satu Majlis Ramah Mesra.

Perdana menteri yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Bera dan calon Barisan Nasional (BN) meluangkan masa bersama orang ramai di Dewan Terbuka Taman Suria Ros, jam 2.30 petang. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button