Nasional

Diskaun tol tak beri kesan kepada penurunan harga barang

WALAUPUN kerajaan menurunkan tol sebanyak 18 peratus dan melanjutkan konsesi selama 20 tahun, namun ia langsung tidak memberi kesan kepada penurunan harga barang.

Ini kerana lori dan kenderaan milik syarikat pengangkutan masih perlu membayar tol seperti biasa.

Mereka tidak layak menikmati diskaun 18 peratus yang diumumkan kerajaan.

“Petang tadi, kerajaan PH mengumumkan bahawa lori dan teksi kini layak menerima diskaun 18 peratus tol PLUS selepas konsesi tol dilanjutkan 20 tahun.

“Namun lori dan kenderaan milik syarikat pengangkutan masih tidak layak.

“Dengan itu, lanjutan tol ini tak akan memberi apa-apa kesan untuk penurunan kos harga barang kerana kos pengangkutan tetap sama,” tulis bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam hantaran di facebooknya.

Sebelum ini Najib mengkritik langkah kerajaan mengumumkan diskaun tol tetapi tidak meliputi teksi, bas dan kenderaan perdagangan.

Najib juga berkata, syarikat pengangkutan terpaksa menanggung kadar sama kerana ia hanya membabitkan kenderaan persendirian. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button