fbpx
BeritaPolitik

29 ARMADA beri amaran DAPSY supaya berhenti bermain api

ARMADA memberi amaran kepada para pemimpin DAPSY supaya berhenti bermain api demi menjaga keharmonian Pakatan Harapan.

Pemuda Bersatu atau ARMADA dalam kenyataan hari ini berkata, kecaman tujuh pemuda DAPSY terhadap Ketua ARMADA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan mengundang serangan balas hingga ke akar umbi.

“Merujuk kepada kenyataan kecaman yang dibuat oleh tujuh pemuda DAPSY kepada YB Syed Saddiq, ARMADA mengingatkan kesemua komponen di dalam Pakatan Harapan supaya menghormati perjanjian peralihan kuasa yang telah diputuskan oleh Majlis Presiden PH, tanpa bercakaran secara terbuka,” kata kenyataan itu.

Walaupun Malaysia, katanya mengamalkan demokrasi dan kebebasan bersuara untuk memberikan pandangan dan teguran, seharusnya ruang itu tidak digunakan untuk merobek kebersamaan yang telah terbentuk dalam gabungan ini.

“Sekiranya DAPSY tidak pandai untuk mendisiplinkan ahlinya bagi menjaga kesepakatan dan keharmonian ini, kami di pihak ARMADA juga tidak akan memberikan sebarang jaminan ke atas serangan balas yang akan dilontarkan oleh akar umbi kami.


“Pandangan YB Syed Saddiq dalam kenyataannya sebelum ini wajar dihormati sebagai Ketua Pemuda HARAPAN dan seharusnya kesemua parti komponen perlu mengambil serius atas seruan menumpukan usaha kepada pembinaan semula negara,” tambah kenyataan itu.

Kenyataan itu disokong oleh:

1. MOHD AIZAD BIN ROSLAN (TIMBALAN KETUA ARMADA MALAYSIA)

2. ULYA AQAMAH BIN HUSAMUDIN (KETUA PENERANGAN ARMADA MALAYSIA)

3. RAFIQ HAKIM RAZALI (BENDAHARI ARMADA MALAYSIA) EXCO ARMADA MALAYSIA

4. MOHD ASHRAF MUSTAQIM BIN BADRUL MUNIR

5. ABDUL HANNAN BIN KHAIRY

6. MOHD FAHIM BIN MOHD FARID

7. AZIZI BIN CHE SULAIMAN

8. ZAINAL ABIDIN BIN SHIHAB

9. MAHATHIR BIN MOHD RAIS

10. MOHAMAD NADZRI BIN ABDULLAH

11. MUHAMMAD BAZLI BIN ABD AZIZ

12. DANIAL SYAHIRAN HO BIN IMRAN HO

13. MOHAMAD FIRDAUS BIN MAT AZAHAR

14. MOHD MAHADI BIN MOHAMAD

15. AMAR PARED BIN MAHAMUD

16. NUR ALI NADZWAN

17. MOHD FAIZ BIN NAAMAN KETUA ARMADA NEGERI

18. MOHD HAFEEZ MUBIN BUN MOHD SALLEH (PERAK)

19. SYAZWAN FAHMI BIN BADRUL HISHAM (PERLIS)

20 MUHAMMAD SHAMEER BIN MOHAMED SULAIMAN (PULAU PINANG)

21. AKMAL ZAHIN ZAINAL (WILAYAH PERSEKUTUAN)

22. RAMLAN BIN MEON (MELAKA)

23. MOHD ISQUZAWAN ISRAQ (SABAH)

24. MOHD AZIIM BIN MUSTAFA (NEGERI SEMBILAN)

25. ASRAN BIN ALIAS (KELANTAN)

26. MUHAMMAD IQMAL NIZAM BIN MOHD TAUFEK (PAHANG)

27. MOHD SYAIFUL IRFAN BIN ANANG (TERENGGANU)

28. SHAIFUL RIZAL BIN MOHD SALLEH (JOHOR)

29. ALEXANDER ANAK FURSIS (SARAWAK)

Show More

Related Articles

Back to top button