Ibu bapa sangup jual 4 anak yang masih kecil kesan kewangan
PADA tahun 1948 di Chicago, Amerika Syarikat selepas berlakunya perang, ekonomi menjunam dan memberi kesan ke atas kewangan rakyat di negara itu. Demi kelangsungan hidup, hilang segala norma kemanusiaan yang mana segala perkara sanggup dilakukan asalkan tidak kebuluran.
Seorang wanita berumur 24 tahun bertindak menjual empat orang anaknya yang masih kecil dalam lingkungan umur tiga sehingga tujuh tahun.
Disebabkan keadaan yang sangat mendesak, mereka melelong anak-anak kecil ini dengan harga USD2 setiap seorang.
Keadaan kehidupan keluarga itu amat daif yang mana pada ketika itu, ibu kepada keempat-empat kanak-kanak malang itu juga sedang hamil anak kelima manakala si bapa pula yang berusia 40 tahun yang bekerja sebagai buruh di ladang arang batu, dibuang kerja.
Ekoran dari kesusahan itu mereka terpaksa menjual anak-anak kerana tidak mampu menjaga mereka lagi.
Malahan mereka sekeluarga tidak lagi mempunyai tempat penginapan ekoran dihalau oleh tuan rumah dan merempat di jalanan kerana tiada punca pendapatan. – SM