“Kau mak kandung aku, yang lahirkan aku sepatutnya kau kena tolong aku”
SEORANG remaja perempuan berkongsi melalui laman media sosial menurusi Instagram @d4hleea bahawa dia dipukul sehingga mengakibatkan cedera teruk di seluruh badannya.
Menurut gadis tersebut yang berusia 19 tahun, pada malam kejadian 17 haribulan lalu, sekitar 11 malam telah berlaku perang mulut di antaranya dengan ibunya, Salmi Abd Radzi di parit Buntar, Perak.
Akibat daripada pertengkaran tersebut, ibu dan bapa tirinya, Mohammad Khuzairi telah bertindak kasar dengan menarik leher, menampar pipi dan menendang belakang badan mangsa sehingga menyebabkan kecederaan yang teruk dan lebih sadis, bahagian salur matanya pecah darah.
Menurutnya lagi, bapa tirinya bertindak mahu menetaknya dengan parang namun tindakan tersebut dapat dihalang oleh seorang jiran yang lalu di situ.
Tambah gadis itu lagi, dia berasa sedih dan menerusi rakaman suara, mangsa memaklumkan ibu kandungnya hanya melihat dan tidak membantu langsung gadis itu daripada menjadi sasaran pukulan bapa tiri.
“Kau mak kandung aku, yang lahirkan aku sepatutnya kau kena tolong aku”.
Susulan kejadian tersebut, gadis itu telah membuat laporan polis bersama bapa kandungnya terhadap bapa tirinya.
Bapa kandung gadis tersebut juga turut merasa sedih dan terkejut dengan apa yang terjadi ke atas anak perempuanya.
“Saya hantar dia dengan keadaan baik, tiba-tiba balik, macam ini,” kata bapa kandung mangsa.
Walau bagaimanapun, bapa tiri mangsa telah ditahan polis untuk membantu siasatan.
Rata-rata para warganet bersimpati atas nasib malang gadis itu dan ramai yang mendoakan kebaikan untuk gadis tersebut supaya lebih kuat dan keadilan akan diperoleh nanti. – SM