Nazha Aziz terima jambangan bunga setiap hari, akui sedang dilamun cinta
Pelakon wanita yang terkenal dengan wajah jelitanya Nazha Aziz, 51 menerima jambangan bunga setiap hari ketika berada di set penggambaran.
Perkara itu didedahkan oleh seorang penerbit terkenal, Fadzil Teh melalui lama media sosial Tiktok @fadziltehhjzil42
Susulan dari Video tersebut, Nasha mengesahkan dia memang menerima jambangan bunga tersebut dari seorang jejaka yang menyayangi dirinya.
Menurutnya lagi, Nasha bersama jejaka tersebut sudah berkenalan selama 9 bulan dan masih dalam fasa berkenalan namun enggan berkongsi identiti lelaki berkenaan.
“Dia bukan orang industri, tetapi yang seronoknya dia beragama Islam.
“Saya memang sedang dilamun cinta setiap hari, saya juga memang mencari cinta, cinta bukannya datang dari seorang lelaki dan wanita sahaja, tapi kita semua” ujarnya.
Terdahulu Nasha pernah popular menerusi beberapa filem antaranya adalah Laila Isabella.