AnalisisPolitik

10 perkara kenapa UMNO-BN kalah PRU14

KITA “recap” atau imbas kembali macam mana UMNO-Barisan Nasional boleh tumbang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) selepas lebih 60 tahun memegang tampuk Kerajaan di Malaysia.

Terdapat 10 perkara kenapa UMNO-BN kalah pada PR14 yang diadakan pada Mei 2018.

  1. GAGAL TANGANI ISU-ISU NASIONAL DENGAN BERKESAN.

UMNO-BN gagal tangani isu-isu Nasional yang panas dan kontroversi dengan berkesan iaitu ;

(i).   KES 1MDB.

(ii).  CUKAI GST.

(iii).  KOS SARA HIDUP NAIK.

(iv).  KOS PENDIDIKAN TINGGI (HUTANG PTPTN).

(v).   KOS MINYAK PETROL NAIK.

(vi). KOS PENGANGKUTAN (Kadar Toll).

(vii).  ISU CINCIN BERLIAN ROSMAH MANSOR.

  1. PEMILIHAN CALON-CALON BARISAN NASIONAL-UMNO YANG SALAH.

Pemilihan calon-calon yang salah, calon bukan winnable. Pilih dan letak calon yang tak boleh menang untuk bertanding. Calon lama, re-cycle yang sudah ditolak oleh rakyat setempat.

  1. MANIFESTO YANG TIDAK BERKESAN.

Manifesto UMNO-BN tidak berkesan memikat pengundi-pengundi. Manifesto BN terlalu panjang lebar dan tidak dibaca oleh rakyat.

Manakala Manifesto PH mengandungi janji-janji pilihan raya yang akan menguntungkan rakyat sekiranya rakyat memilih PH.

  1. TIMING TARIKH PILIHAN RAYA YANG SALAH.

Pemilihan tarikh yang salah, BN-UMNO bubarkan Parlimen di hujung penggal Dewan Rakyat iaitu hampir di penghujung 5 tahun pemerintahan BN sehinggakan tiada lagi ruang untuk bergerak.

  1. STRATEGI YANG SALAH DAN TIDAK TEPAT.

Strategi politik yang salah apabila UMNO kelihatan menaja parti PAS bertanding lebih daripada 130 kerusi Parlimen bertujuan memecahkan undi parti pembangkang.

Apa sebenarnya yang terjadi, undi orang-orang Melayu berpecah dua mengakibatkan parti BERSATU dan AMANAH menang kerusi-kerusi Parlimen di kawasan majoriti Melayu (kawasan tradisi UMNO).

  1. RISIKAN (COUNTER INTELLIGENCE) UMNO-BN YANG KURANG BERKESAN.

Risikan UMNO-BN amat lemah sehinggakan UMNO tidak mengetahui strategi dan perkara-perkara yang akan dilakukan oleh parti politik Lawan.

GAMBAR HIASAN
  1. PENGANALISA DAN PENASIHAT POLITIK YANG TIDAK BERKESAN.

PM dan Presiden UMNO, Najib Razak dikelilingi dengan Penganalisa Politik dan Penasihat Politik yang tidak berkesan.

Mereka hanya memberikan berita serta nasihat yang PM mahu dengar sahaja.

Tiada penasihat yang berani memberi Bad News (berita buruk) kepada PM Najib Razak sehinggakan sehari sebelum Hari Penamaan Calon, Penasihat PM masih lagi confident BN-UMNO akan menang 157 kerusi Parlimen. Senario paling buruk BN dijangka akan menang 120 kerusi.

Tiada Penasihat Politik menjangkakan BN akan kalah dan akan menang hanya 79 kerusi Parlimen.

  1. BN SYOK SENDIRI.

UMNO dan BN syok sendiri sebelum mengadakan PRU14 dengan mengadakan Pelancaran Besar-Besaran Jentera BN di Stadium-Stadium.

Kehadiran puluhan ribu penyokong memperlihatkan BN kuat di mata rakyat tetapi sebenarnya, yang datang ke stadium hanyalah penyokong dan ahli-ahli UMNO dan BN sahaja, bukannya pengundi atas pagar.

  1. UMNO & BN TIDAK MENGUASAI MEDIA SOSIAL.

Walaupun UMNO-BN berjaya mengumpul 100,000 orang di  Stadium Nasional, Bukit Jalil untuk melancarkan Jentera Pilihanraya BN namun UMNO-BN gagal menguasai Media Sosial.

Video-video klip ceramah oleh pemimpin tertinggi Pakatan Harapan seperti Tun Dr. Mahathir mendapat liputan yang meluas di Media Sosial.

Berjuta Netizen mengikuti ceramah-ceramah Dr. Mahathir, Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mat Sabu di Media Sosial, WhatsApp dan Facebook Live.

  1. HARI MENGUNDI PADA HARI RABU MENAMBAHKAN KEMARAHAN RAKYAT.

Apabila Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengumumkan bahawa Hari Mengundi diadakan pada 9hb. Mei 2018 iaitu Hari Rabu, ini telah menimbulkan kemarahan rakyat jelata kerana mereka merasakan Kerajaan sengaja memilih Hari Rabu kerana tidak mahu rakyat yang tinggal di luar kawasan atau di luar negara seperti di Singapura, Thailand dan Hong Kong pulang untuk mengundi.

Kemarahan ini dijadikan alasan ke-10 untuk menolak Kerajaan Barisan Nasional pada 9 Mei 2018. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button