NasionalpilihanSukan

Tindakan spontan Siti Shazwana Ajak dalam Sukan SEA Vietnam dipuji PM

Tindakan spontan Siti Shazwana Ajak ketika Sukan SEA Vietnam boleh dijadikan contoh apabila pesilat negara itu melindungi dan menutup rambut lawannya yang tercabut tudung.

Situasi itu mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan baginya, semangat kesukanan yang tinggi mampu mengatasi segalanya.

“Dengan semangat yang tinggi, persaingan tidak menjadi isu. Semangat inilah yang perlu ada dan menjadi salah satu teras dalam Keluarga Malaysia iaitu Keterbukaan.

“Apabila bercakap tentang sukan, banyak perkara yang boleh dikaitkan kerana sukan bukan sahaja untuk sihat tetapi mengajar tentang disipilin, semangat berpasukan, strategi, membuat keputusan, dan sebagainya,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian dalam Majlis Perasmian Sukan Institut Pengajian Tinggi (Sukipt) 2022 yang berlangsung di Stadium Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.

Dalam majlis itu, Perdana Menteri berpendapat sukan juga mampu menyemarakkan semangat patriotisme dan perpaduan dalam Keluarga Malaysia.

“Lihat sahaja ketika ada perlawanan bola sepak atau badminton, lebih-lebih lagi yang di peringkat dunia tanpa
mengira kaum dan agama.

“Kita duduk semeja bersama-sama dengan rakan-rakan di restoran untuk bersorak menyokong pasukan negara,” katanya.

Hakikatnya, Perdana Menteri bersetuju bahawa sukan berupaya memberikan auranya yang tersendiri, bukan sahaja dalam kalangan yang bertanding, tetapi juga kepada yang menonton.

Misalnya baru-baru ini, tular di media sosial tentang kisah jurulatih badminton negara, Hendrawan yang telah memberikan kasutnya kepada Samuel Ricketts ketika saingan Sukan Komenwel 2022 baru-baru ini, supaya pemain Jamaica itu boleh meneruskan permainan.

“Malah tindakan Siti Shazwana Ajak ketika Sukan SEA Vietnam juga boleh dijadikan contoh apabila pesilat negara itu melindungi dan menutup rambut lawannya yang tercabut tudung.

“Inilah semangat kesukanan yang mengatasi segalanya. Dengan semangat yang tinggi, persaingan tidak menjadi
isu. Semangat inilah yang perlu ada dan menjadi salah satu teras dalam Keluarga Malaysia iaitu Keterbukaan,” katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button