Hiburanpilihan

“Mesti Emma Maembong bau wangi,” – Netizen cemburu Shah Jaszle dapat peluk artis cantik!

Aksi mesra Emma Maembong dan Shah Jaszle menerima pujian yang tinggi daripada pejuang sekular dan liberal kerana mampu tampil sebagai selebriti tempatan yang terbuka.

Lebih-lebih lagi aksi bebas isteri orang dan suami orang dalam membudayakan aksi yang bertentangan dengan Islam ahlus sunnah wal jamaah Al-Asya’irah wal Maturidiyah sesuatu yang berani.

Benar kata orang, harta boleh diwarisi, kecantikan boleh diwarisi, hatta kepandaian boleh diwarisi namun jika dalam susur galur ada ahlul bait sekali pun, iman adalah sesuatu perkara yang eksklusif dan tidak boleh diwarisi.

Maka siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Mereka adalah artis yang berkelakuan menepati Agenda 2030 dan kalau nak minta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan tegur sekali pun, mereka cuma sibuk macam mana nak kenyangkan asnaf.

Generasi umat Islam yang semakin lemah jati diri dan berdepan ancaman pemikiran, akidah dan rohani ini langsung tiada sesiapa yang cakna hatta dalam Dewan Rakyat sekali pun.

Hanya desakan dalam media sosial mampu mengubah polisi pentadbiran negara pada zaman ini. Maka anda tahu nak kena buat apa selain bagi STAR?

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button