Nasional

Kebajikan pelajar jadi keutamaan UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI) tetap memberi keutamaan kepada kebajikan pelajar sepanjang pengajian mereka.

Hari ini UPSI menerima kemasukan seramai 1158 pelajar ambilan baharu pengajian peringkat diploma yang mendaftar di Kolej Ungku Omar bagi kemasukan semester satu sesi 2022/2023 .

Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni ), Prof Madya Dr Norkhalid Salimin turun padang bertemu pelajar dan keluargan sambil bermesra dan mengucapkan tahniah kepada mereka yang datang Dari seluruh pelosok negara.

Prof Madya Dr Norkhalid Salimin (tengah) bersama Dr Mohd Fadhil ( kanan) bertanya khabar keluarga pelajar di ruang kafetaria Kolej Ungku Omar.

Dr Norkhalid menasihatkan ibu bapa yang datang menghantar anak-anak tidak bimbang dengan keselamatan anak-anak mereka kerana Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) akan memastikan kebajikan pelajar terjaga.

” Saya juga berharap semua pelajar diploma yang mendaftar hari ini di Kampus Sultan Azlan Shah Akan bersama-sama UPSI mencipta kejayaan cemerlang sama ada dalam akademik, kokurikulum serta kemahiran insaniah demi kecemerlangan diri dan universiti,” katanya.

Norkhalid turut membuat Di Bilik penginapan Kolej Awang Had Salleh, Kampus Sultan Azlan Shah , Proton City yang menempatkan semua pelajar diploma selain meninjau proses pendaftaran di Dewan Kolej Ungku Omar.

Nur Azreen(tengah) memiliki minat mendalam melanjutkan pengajian di UPSI.

” Saya berterima kasih kepada
Pengetua Kolej Awang Had Salleh, Dr Mohd Fadhil Abdullah, 31 ahli Majlis Mahasiswa Kolej Awang Had Had Salleh (MMKAHS) serta 89 Rakan Suai Kenal (RSK) yang membantu urusan pendaftaran hingga berjalan lancar dari 8.30 pagi hingga 4.00 petang, ” katanya

UPSI, katanya, memiliki segala kemudahan termasuk kolej kediaman yang kondusif selain suasana kampus yang menarik dan cantik yang sesuai untuk mengikuti pengajian.

” Hormatilah pensyarah anda dan sentiasa membina hubungan yang baik dengan penasihat akademik yang akan menjadi insan rujukan anda sepanjang pengajian,” katanya.

Katanya, semua pelajar baharu diploma akan mengikuti 12 program pengajian di tujuh fakulti iaitu Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Fakulti Pembangunan Manusia, Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Fakulti Sains dan Matematik serta Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan.

Malam ini Dr Norkhalid akan menyampaikan taklimat untuk pelajar baharu berkenaan di Dewan Tuanku Canselor antara lain berkaitan latarbelakang universiti, tanggungjawab, serta kepentingan sahsiah sepanjang pengajian.

Bagi pelajar Nur Azreen Saa’don dari Senggarang,Batu Pahat, Johor yang bakal mengikuti Pengajian Diploma Pendidikan Awal Kanak Kanak, UPSI adalah pilihan pertama dan keinginan itu wujud sejak di bangku sekolah lagi.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button