Lelaki berusia 54 tahun mati seorang diri dalam rumah, mayat ditemui hampir reput!
Menyayat hati apabila melihat sekujur tumbuh yang tidak bernyawa lagi di rumah, lebih-lebih lagi mayat tersebut hampir mereput dan berbau busuk.
Satu kejadian terjadi di kawasan perumahan Jalan Meranti, Tambang Badak, Alor Setar, Kedah, ditemukan mayat seorang lelaki yang berusia 54 tahun.
Menurut jiran-jiran tersebut, mereka terhidu bau busuk dari dalam rumah mangsa lalu mereka membuat keputusan menghubungi panggilan kecemasan.
Setelah pihak bomba membuka pintu rumah mangsa, mereka mendapati mayat mangsa sudah terbaring dan hampir mereput di bahagian badan.
Sebelum ini, jiran yang berdekatan pernah menghubungi keluarga mangsa namun tiada sebarang jawapan yang diterima dari keluarga mangsa.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, hasil pemeriksaan mendapati tiada kesan pecah rumah atau unsur jenayah.
Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk proses bedah siasat.