“ASET Petronas kena rampas, apa jaminan Speaker rayuan bertulis untuk dapatkan tarikh. Bagi jaminan bahawa Kota Belud akan diberikan usul,” desak dan asakan Ahli Parlimen Kota Belud (Warisan) yang telah mencetuskan suasana hiruk pikuk dalam Dewan Rakyat yang bersidang hari ini.
Ahli Parlimen Kota Belud (Warisan) itu turut mengeluarkan kata-kata, “apakah mahu Sabah keluar dari Malaysia, baharu isu Sabah mahu didengar dan dibincangkan di Parlimen?”
Dewan Rakyat terus kecoh dan hinggar selepas Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis @ Fakharudy berkeras dan mendesak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun untuk memberikan tarikh usual yang didakwa oleh Ahli Parlimen Kota Belud itu, dibawanya dalam Parlimen sebanyak tiga kali dan tidak dibahaskan.
Suara Kota Belud mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Katanya, aset Petronas dirampas is not a commercial decision.
“Apa speker cakap? Ini satu ancaman kepada negara. Menteri BN langsung tak ambil kisah,” dakwa Ahli Parlimen Shah Alam itu pula.
“Mereka anggap ini persoalan kecil. Inilah sikap PAS, UMNO, BERSATU. Tak kisah aset negara dirampas,” kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid, terjerit-jerit.
Speaker bertanya, “Shah Alam bercakap atas mikrofon mana? Saya tidak benarkan,” kata Speaker.
Ahli Parlimen Sepang (PH) Mohamed Hanipa Maidin menuduh Speaker, “Speakter tebuk atap. Ini Parlimen la, kena faham. Kita ada menteri Luar.”
Speaker diserang bertalu-talu oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang. Menyatakan Speaker memalukan. – SM