MahkamahNasional

LFL anjur kutip dana untuk wanita hina Islam di kelab komedi dan pasangannya RM40, 000

AKHIRNYA rayuan Siti Nuramira Abdullah dan Alexander Navin Vijayachandran meraih sumbangan orang ramai terjawab. Kira-kira RM40, 000 telah dikumpul untuk  Siti Nuramira yang didakwa menghina Islam semasa persembahan di kelab komedi dan pasangannya.

Hasil kutipan sumbangan RM40, 000 itu adalah anjuran kumpulan hak asasi manusia Lawyers for Liberty (LFL). Ketika memberitahu FMT, peguambela Siti Nuramira R Sivaraj berkata, sumbangan telah mencecah RM40,000 setakat pagi tadi.

Dan mana-mana sumbangan tambahan yang dihulurkan selepas ini dipulangkan semula kepada penderma, katanya.

“Kedua-dua penjamin mereka akan pergi ke mahkamah Petaling Jaya dan Kuala Lumpur sekitar jam 11 pagi ini,” katanya lagi.

Tambahnya, beliau tidak pasti sama ada Siti Nuramira Abdullah dan Alexander Navin Vijayachandran boleh membayar ikat jamin selewat-lewatnya hari ini.

“Jika kita melepasi jam tertentu, kakitangan mahkamah akan meminta kita datang semula esok untuk menjamin mereka kerana masalah pengangkutan, memandangkan mereka dari Beranang dan Kuala Kubu Bharu (penjara),” ujar beliau.

Sivaraj berterima kasih kepada orang ramai yang menyumbang untuk membantu pasangan itu membayar ikat jamin ketika berhadapan tuduhan di mahkamah.

Pada Jumaat lalu, Sivaraj mengumumkan bahawa kumpulan hak asasi Lawyers for Liberty (LFL) akan membantu Siti Nuramira dan pasangannya, Alexander Navin Vijayachandran untuk mengumpul dana diperlukan bagi menjamin mereka melalui sumbangan orang ramai menggunakan akaun bank LFL.

Pada Rabu lalu, Siti Nuramira mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menimbulkan ketidaktenteraman dalam kalangan masyarakat Islam semasa persembahannya di Kelab Komedi Crackhouse di Taman Tun Dr Ismail, pada 4 Jun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Siti Aminah Ghazali membenarkan Siti Nuramira diikat jamin RM20, 000 dengan seorang penjamin dan turut memberi amaran kepadanya supaya tidak mengulas mengenai kes berkenaan.

Pada hari yang sama, Navin, 38, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memuat naik kandungan menghina di media sosial. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button