Petua Hilangkan Angin Dalam Badan Atau Masalah Kaki Serta Tangan Yang Kebas
Masalah angin dalam badan atau kaki serta tangan yang kebas bukanlah sesuatu yang asing dalam kalangan masyarakat kita secar dari dahulu hingga kini.
Namun dek kebijaksanaan orang-orang Melayu dan sedarnya alam ini penuh dengan manfaat Allah SWT untuk digunakan, tumbuh-tumbuhan pun boleh jadi penawar.
Seorang pengguna Facebook, Puteri Aura Balqis berkongsi petua yang diamalkan ibunya bagi:
Hilangkan sakit-sakit dan angin dalam badan.
Hilangkan rasa kebas-kebas pada kaki dan tangan.
Mudahkan buang air besar
Cuci darah beku
Antara bahan-bahan yang diperlukan cuma:
Halba
Halia
Serai
Asam Jawa
Kaedah bagi menukarkan tumbuh-tumbuhan ini kepada penawar adalah seperti berikut:
Rebus semua bahan-bahan tersebut sehingga mendidih
Tutup api dan campurkan dengan satu sudu asam jawa,kacau rata
Minum semasa masih suam waktu sebelum tidur.
Insya Allah setelah bangun pagi, badan akan menjadi lebih segar.
Kredit: Puteri Aura Nalqis-SM