Sehingga hari ini kebanyakan pengarah drama tempatan masih jelas melanggar perintah Allah SWT dengan menghalalkan sesuatu yang haram kononnya atas nama seni.
Misalnya tular sejak semalam, terdapat sebuah video yang perlihatkan dua selebriti iaitu Aliff Aziz serta Intan Najwa saling berpelukan di Genting Highlands.
Video itu ternyata menimbulkan reaksi kurang senang dalam kalangan netizen terutamanya bagi orang-orang Melayu dan Islam kerana jelas mempopularkan budaya yang haram.
Namun bagi Intan Najwa, dia kurang senang apabila netizen mula mengkritik dan mungkin tanpa sedar beranggapan pengarah lebih hebat daripada Allah SWT.
Hal ini demikian kerana Intan Najwa berkongsi beberapa tajuk berita mengenai insiden itu dan cuba menjelaskan ia terpaksa dibuat mengikut kehendak pengarah.
“Kan tengah shooting, nampak tak kamera tengah rolling tu? Semua orang dekat situ tengah shooting drama Jodohku Babysitter. Ingat apa nak peluk saja-saja ke? Dah tak ada kerja sangat ke?” templak Intan Najwa.
Intan Najwa berkata demikian bagi menegaskan tidak salah pun berpeluk dengan suami orang atas kehendak pengarah bagi tujuan penghasilan drama kerana ia berkait dengan soal kerja.
Lagi pun, adegan itu disaksikan semua kru produksi yang terlibat di set penggambaran dan bukannya mereka berdua berpeluk dalam bilik yang tertutup sehingga boleh menimbulkan fitnah.
Intan Najwa juga berharap supaya pihak di luar sana jangan menyebarkan perkara yang tidak benar atau negatif dan turut merasa sedikit terkilan dengan tajuk berita yang ditulis dalam sebuah portal sebelum ini.
“Headline (tajuk berita) pun mengundang, kenapa perlu nak sebar benda-benda negatif,” tulisnya.
Drama adaptasi novel karya Nureen Ahmad berjudul Jodohku Babysitter yang turut dibintangi Yuna Rahim, Ellyas Abdullah, Nina Juren, Isaac Iman dan ramai lagi akan ditayangkan di Astro Ria, jam 9 malam.