Hiburan

Kata arwah Mak Enon, jadi pelawak ada “undang-undang”

Jangan lawak bawa padah

PERNAHKAH anda dengar nama Mak Enon? Generasi muda mungkin tidak pernah dengar nama Mak Enon apatah lagi kenal siapakah wanita yang dipanggil Mak Enon.

Mak Enon ialah Sri Panggung Bangsawan. Ya itu gelaran yang diberi kepadanya tetapi tiada dalam bentuk trofi. Tidak ada majlis hiburan yang memberi gelaran itu kepada Mak Enon. Gelaran itu ucapan daripada mulut ke mulut para peminat pentas bangsawan suatu ketika dahulu.

MAK ENON

Bila eranya? Tahun 1950an. Era atau pada zaman itu, Mak Enon bukan sahaja berlakon di atas pentas bangsawan tetapi beliau juga menyanyi, menari, bersilat dan melawak.

Ya melawak di atas pentas bangsawan adalah sebahagian daripada tugasan Mak Enon menghiburkan para peminatnya pada era itu.

Kata Mak Enon, menjadi seorang pelawak bukan boleh main-main. Bukan boleh menjadikan orang perseorangan itu sebagai bahan lawak jenaka. Memang tak kelakar.

Jadi pelawak, kata Mak Enon, ada “undang-undangnya”. Ada benda atau perkara yang boleh dijadikan bahan lawak dan ada yang tidak boleh kerana tidak lucu.

“Undang-undang” paling utama yang tidak boleh sama sekali dijadikan bahan lawak oleh pelawak ialah agama. Tidak kira apa jua agama yang dianuti, memang tidak boleh dijadikan bahan lawak.

Apatah lagi Islam dijadikan bahan lawak, itu tidak boleh sama sekali. Kalau itu pun tak boleh difahami, lebih baik jangan jadi pelawak.

Banyak lagi benda lain yang boleh dijadikan bahan melucukan dan tidak menyentuh sentiviti masyarakat.

Menjadi pelawak juga memerlukan ‘trade mark’. Apa itu ‘trade mark’? Mudah sahaja. ‘Trade mark’ pada raut wajah seseorang. Kalau melihat wajahnya sahaja boleh membuat kita ketawa, itu satu kelebihan kepada insan tersebut.

Contoh, lihat wajah pelawak seperti allahyarham S. Samsudin. Beliau memikili seraut wajah yang mampu membuat kita ketawa.

Ekspresi wajah juga diambil kira untuk seseorang itu menjadi pelawak. Bukannya dengan membuka pakaian di atas pentas. Tidak perlu kerana perbuatan itu bukan melucukan sebaliknya LUCAH.

Hari ini masyarakat kita digemparkan dengan tindakan bodoh seorang insan yang fitrahnya wanita. Dia berdiri di atas pentas untuk menjadi pelawak.

Memang lawaknya membawa padah kerana bukan sahaja tidak kelakar tetapi istilah yang paling sesuai untuk merujuk kepada perlakuannya ialah “blasphemy”.

Banyak kali juga diperhatikan individu pelawak atau so call pelawak menggunakan isyarat tubuh atau body gesture untuk membuatkan penonton ketawa.

Tidah semudah itu dan tidak terhibur pun kerana gerak tubuh atau isyarat tubuh yang dilakukan itu juga LUCAH.

Ingatlah bahawa lawak yang dibuat itu, bukan buat-buat. Kalau tidak, carilah kerja lain dan jangan memalukan kelompok PELAWAK tanah air.

Al-Fatihah buat allahyarhamah Mak Enon pemilik nama sebenar, Amon Binti Chik. Moga Allah cucuri rahmah ke atas roh allahyarhamah. – SM

(Visited 639 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button