Hiburan

KL Gangster 3 Gabungkan Dua Universe Dari Dunia Filem Dan Dunia WeTV!

Pengarah hebat penuh kontroversi, Syamsul Yusof dalam satu temubual bersama YouTuber, Zhafvlog memberi petunjuk bahawa KL Gangster 3 akan menggabung dua universe.

Umum mengetahui bagi jenama KL Gangster, ia terdiri daripada dunia filem yang dianggotai Malek, Jai, Ajib, Fadhil, Shark dan King sebagai contoh.

Manakala dari dunia drama yang disiarkan menerusi saluran platform atas talian, WeTV, KL Gangster: Underworld dikuasai oleh Shah, Adi, Belot, Ayah Zan, Tauke dan ramai lagi.

Namun setakat ini, biar pun belum diketahui watak manakah yang akan membuat cross over, peminat cerita di bawah jenama KL Gangster sudah menyatakan keterujaan masing-masing!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button