Luar Negara
Harga petrol UK cecah paras tertinggi
HARGA petrol di United Kingdom melonjak ke satu lagi rekod, mencetuskan gelombang protes di kalangan rakyat negara itu menurut agensi berita Bloomberg.
Petrol mencecah paras tertinggi pada 191.53 pence (RM10.16) seliter manakala diesel hanya turun sedikit daripada paras tertingginya, pada 199.03 pence (RM10.56), menurut satu laporan data dari organisasi permotoran RAC.
Lonjakan terkini itu menyumbang kepada kenaikan pantas kadar inflasi di UK yang makin meruncing.
UK kini merekodkan kos bahan api paling mahal berbanding dengan ekonomi negara Eropah yang lain.